Rabu, 29 Disember 2010

Mesyuarat Wanita Rumah Pangsa Dahlia

14 Dec 2010

Mesyuarat ahli jawatankuasa Penduduk Wanita Rumah Pangsa Dahlia,Taman Ukay Bistari.

Pada mesyuarat wanita telah di jalankan sebulat suara telah bersetuju dgn cadangan pelantikan yang telah di kemukan iaitu

Pengerusi                     :  Pn Norizan Bt Haji Daud
Penolong Pengerusi      : Pn Norsiati Bt Zaiyadi
Ketua Wanita               :  Pn Norizan Bt Daud
Setiausaha                  :  Pn Azura Bt Mohd Anuar
Penolong Setiausuha    :  Rarifah Bt Abdullah
Bendahari                    :  Pn Norlina Bt Ramli

12 Orang Ahli Jawatankuasa;

1,      Pn Fadilah           Tingkat 13
1,      Pn Rosita            Tingkat 12
3,      Pn Zubaidah        Tingkat 11
4,      Pn Mardiana        Tingkat 10
5,      Pn Siti Zuhaila     Tingkat 9
6,      Pn Sri Ayu           Tingkat 8
7,      Pn Azlinda          Tingkat 7
8,      Pn Habibah          Tingkat 6
9,      Pn Nor Epah        Tingkat 5
10,    Pn Salma             Tingakt 4
11,    Pn Asiah              Tingkat 3
12,    Pn Noratiah         Tingkat 2

12 Ahli Jawatankuasa yang di lantik mengikut aras adalah sebagai wakil kepada aras masing masing untuk menyampaikan maklumat kegiatan di Rumah Pangsa Dahlia seperti berikut:

Pemberitahuan Mesyuarat Bulanan(Keputusan / Maklumat) - Kegiatan - Aktiviti(Gotong Royong - Sukan dan lain lain) - Parancangan(membaik pulih) - Kerjasama (Majlis kenduri - Perkhawinan dan lain lain)

                                               dan
                                  Perbuatan tak bermoral

Selain itu mesyuarat juga membicangkan Majlis Perkhawinan yang akan di ada kan di Rumah Pangsa Dahlia pada 2 Dec 2010 yang mana AJK yang di lantik ini akan mengadakan mesyuarat bagi menyusun & mengaturkan tugasan untuk melancarkan majlis Perkhawinan ini.

Agenda seterus nya Mesyuarat Wanita?Surau akan di ada setiap bulan di kalangan AJk yang telah di lantik.

Lain lain hal yang juga telah di bincangkan adalah
1, AJk surau di kekalkan,tidak dibubarkan kerana mereka telah di lantik di bawah AJK Penduduk.

2, Peralatan Surau yang di wakafkan boleh dipinjamkan tidah lebih 3 hari dan di kenakan bayaran untuk tabungan surau

3, Penduduk di minta menjaga kebersihan kawasan mereka dan kawasan sekitar Rumah Pangsa Dahlia seperti tidak membela haiwan - tidak membuang sampah merata tempat(Buang di rumah sampah yg telah di sediakan) - Jangan membuang brg brg yang boleh merosakkan tandas dan lain lain

Ahad, 26 Disember 2010

Majlis Masak Bubur Ahsura

19 Dec 2010 
Majlis Memasak bubur Ahsura oleh Penduduk Apartment Dahlia






Masaalah Sampah




Masaalah sampah yang memeningkan dan mengrimaskan Badan Pengurusan dan juga penduduk Apartment Dahlia(Rumah Kos Rendah Dahlia) sampai ada ulat - lalat boleh mendatangkan penyakit kepada penduduk, selama beberapa bulan ini tk terurus tk di ambil berat oleh pihak yang berkaitan walaupun pihak Badan Pengurusan telah berusaha memberitahu pihak yang berkaitan sampai sekarang tiada apa apa tindakan di ambil.

Badan Pengurusan bersedia menerima pandangan dr penduduk untuk mengatasi masaalah ini.

Khamis, 23 Disember 2010

Majlis Penyerahan Kunci


20 Feb Gombak: Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan kunci kepada para pemilik rumah yang siap dibina pada Majlis Pelancaran Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai Negeri Selangor,

Pada majlis yang diadakan di perkarangan perumahan penduduk Taman Ukay Bistari, Hulu Kelang yang bermula jam 9.30 pagi itu, beliau akan mengumumkan langkah-langkah yang akan diambil kerajaan negeri untuk memulihkan projek-projek perumahan yang terbengkalai dan mempercepatkan kelulusan untuk penyerahan rumah-rumah tersebut.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, langkah proaktif kerajaan negeri itu akan membuka jalan penyelesaian kepada masalah pembeli yang masih belum mendapat rumah setelah menunggu sehingga lebih lima tahun dan memastikan rakyat negeri Selangor dapat memiliki rumah sendiri.
Seramai 300 pembeli unit-unit yang berjaya disiapkan di Ukay Bistari dan Saujana Puchong di bawah skim itu akan menerima kunci pada majlis tersebut.
Anwar juga akan bertemu dengan wakil-wakil penduduk dan persatuan pembeli yang melibatkan hampir 5,000 unit terbengkalai di seluruh negeri Selangor.
Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Ir Iskandar Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Khas Pemulihan Perumahan Terbengkalai negeri, Saari Sungib, Ahli Parlimen Gombak yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan Adun Lembah Jaya, Haji Khasim Abdul Aziz.

Majlis pelancaran Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai Negeri Selangor diadakan hari ini di perkarangan perumahan penduduk Taman Ukay Bistari, Hulu Kelang.


Pada majlis itu, Penasihat Ekonomi negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyerahkan kunci kepada 300 pembeli unit-unit yang berjaya disiapkan di Ukay Bistari dan Saujana Puchong di bawah skim itu
Selain beliau, hadir sama di majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Khas Pemulihan Perumahan Terbengkalai negeri, Saari Sungib, Ahli Parlimen Gombak yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan Adun Lembah Jaya, Haji Khasim Abdul Aziz.
Iskandar yang juga Adun Chempaka berkata, beberapa insentif baru kerajaan negeri dalam usaha mempercepatkan pemulihan perumahan terbengkalai seperti mewujudkan satu jawatankuasa induk yang akan memantau kemajuan setiap projek yang diambil alih dan memastikan semua projek berjalan lancar mengikut jadual.
Menurutnya, perjumpaan mesyuarat bulanan akan dipengerusikan sendiri oleh Anwar yang dianggotai Exco, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Jawatankuasa Khas Pemulihan Perumahan Terbengkalai Kerajaan negeri, majlis-majlis berkuasa tempatan, wakil penduduk dan semua pihak yang terlibat.
“Penubuhan Jawatankuasa Induk akan mempercepatkan keputusan dan kelulusan dalam usaha memulihkan perumahan terbengkalai,” ujarnya.
Katanya, kerajaan negeri juga akan menyuntik bantuan dalam bentuk underwriting atau jaminan bayar balik bagi projek yang tidak dapat dipulihkan oleh pihak swasta dengan melibatkan kontraktor baru melalui tender terbuka.
Tambahnya, kerajaan negeri menyediakan geran bayar balik kepada perunding-perunding perumahan yang berminat untuk menyelamatkan projek perumahan yang terbengkalai.


Datuk Seri Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Anwar Ibrahim berjanji akan mendapatkan sijil layak menduduki (CF) di projek perumahan Taman Bistari minggu hadapan.
Perumahan itu hanya mendapat sijil sementara daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
"Saya berjanji akan mendapatkan CF minggu depan. Kalau Isnin tujuh hari tak boleh tunggu. Kita bukan begitu. Sudah tujuh tahun penduduk menunggu, kita tidak akan dera penduduk tujuh hari lagi," katanya.ini dapat surat, minggu itu juga diluluskan. Kita bukan macam Umno, sengaja mendera rakyat.
“Ayat yang biasa gunakan, sedangkan tujuh tahun boleh tunggu, takkan
Beliau menyatakan demikian pada Majlis Pelancaran Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai Negeri Selangor di perkarangan perumahan penduduk Taman Ukay Bistari, Hulu Kelang, semalam.
Beliau turut menyampaikan kunci rumah kepada penduduk di Hulu Kelang dan Puchong yang berjaya memiliki rumah melalui skim pemulihan perumahan terbengkalai di negeri itu.
Sementara itu, setelah tujuh tahun menunggu, akhirnya 300 penduduk Taman Ukay Bistari mampu menarik nafas lega semalam apabila dapat mendiami rumah sendiri.
Mereka juga mendengar sendiri jaminan yang diberikan oleh Anwar untuk menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai itu seberapa segera.
Seorang penduduk yang ditemui selepas majlis berkenaan, Aminah Othman, 46, melahirkan rasa syukur apabila Kerajaan Selangor menunjukkan kesungguhan untuk menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai itu dan berharap kerajaan negeri dapat membantu mereka menyelesaikan beberapa lagi masalah berkaitan rumah dalam kadar yang segera.
"Saya rasa bangga sebab Datuk Seri Anwar sendiri yang turun menyerahkan kunci kepada kami di sini. Saya harap beberapa lagi masalah yang kami alami di sini seperti masalah tiada air dapat diselesaikan dengan segera," katanya.







Rakannya, Noriahani Ibrahim, 50, pula berkata, sikap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor amat berbeza dengan Kerajaan Umno/Barisan Nasional terdahulu yang tidak mengambil tahu masalah penduduk.
“Lega sikit sejak ambil alih ini. Sebelum ini, mereka (kerajaan BN) tidak ambil tahu langsung. Selama ini, kami umpama terumbang-ambing. Tidak tahu kepada siapa yang mahu diaju masalah. Bila dah ambil alih, syukurlah," katanya.
Kegembiraan juga jelas terpancar di wajah seorang lagi penduduk yang ditemui, Shaari Jusuh, 63, yang sekarang ini menetap di Bukit Beruntung sementara menunggu projek perumahan itu siap.
"Tujuh tahun saya menunggu, derita menunggu untuk menduduki rumah sendiri. Hari ini saya sangat gembira apabila menerima kunci dan apa yang saya harapkan menjadi kenyataan," katanya sambil tersenyum gembira.


Mereka antara 300 penduduk di Hulu Kelang dan Puchong yang merupakan kumpulan terawal yang berjaya memiliki rumah di Selangor melalui skim pemulihan perumahan terbengkalai di negeri itu.
Skim berkenaan dimulakan tahun lalu melalui pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM5 bilion, bagi memulihkan hampir 5,000 unit rumah terbengkalai di 141 kawasan perumahan di Selangor.
Program itu diselia oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan dijalankan melalui sumbangan modal dan kepakaran dari syarikat swasta.
Jawatankuasa itu pula diletakkan di bawah jawatankuasa induk yang akan turut dianggotai Exco, pihak berkuasa tempatan dan juga wakil penduduk.

Isnin, 20 Disember 2010

Selamat Datang ke Blogger Badan Pengurusan Apartment Dahlia (146)

Assalamualaikum,

Kami mengucapkan Selamat Datang kepada pelawat terutama kepada Para Penduduk  Apartment Dahlia,Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana. Tujuan blog ini di wujudkan adalah semata-mata untuk berkomunikasi bersama para penduduk dan Pengurusan Harta Apartment Dahlia,Taman Ukay Bistari keseluruhanya.

Dengan kata lain juga, blog ini akan menjadi papan kenyataan untuk segala aktiviti dan program yang akan di jalankan sepanjang tahun dan Badan Pengurusan akan meletakkan juga photo-photo aktiviti, tidak ketinggalan kami juga akan mempamirkan kan perkembangan kutipan dan kedudukan terkini mengikut persetujuan ahli jawatankuasa bertindak.

Oleh dengan itu, kami (Badan Pengurusan) merasakan dapat berinteraksi lebih baik dan menjalankan tugas juga tanggungjawab dengan lebih baik demi persekitaran lebih baik di.Kami akan membuat promosi yang hebat tentang alamat blog ini sedikit masa lagi.Kami amat berharap kerjasama yang baik dari para penduduk bagi menjayakan objektif kita bersama.

Akhir kata "Persekitaran Sihat, Melahirkan Generasi Yang Hebat"terima kasih.

Badan Pengurusan Pangsapuri